SAH ! Akhirnya Sebentar Tadi Pemandu MYVI Yg Halang Lorong Kecemasan Tampil Dedah Kenapa Dia TERPAKSA Buat Macam Tu


Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di laman sosial sebuah video berdurasi 2 minit 5 saat di mana gelagat seorang pemandu Perodua Myvi yang menggunkan lorong kecemasan dan tidak memberi laluan kepada ambulan yang melalui laluan itu Kilometer 13.2 Lebuhraya Persekutuan, lapor Sinar Harian.

Dalam perkembangan terbaru, seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta tersebut telah tampil memberikan keterangan kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, pemandu berusia 58 tahun itu tampil di balai pada kira-kira jam 7 petang, semalam.

"Hasil soal siasat, lelaki berkenaan menyatakan dia menggunakan lorong kecemasan adalah untuk mendapatkan ubat-ubatannya yang ada di dalam teksi miliknya yang dikatakan rosak di Glenmarie."

“Dia yang juga merupakan pemandu teksi menyatakan dirinya adalah pesakit jantung dan kencing manis, iaitu perlu mendapatkan ubat secara segera kerana tidak mengambil ubat lebih 24 jam.”

Jelasnya lagi, pemandu itu juga menyatakan dia tidak perasan ada sebuah ambulan di belakang keretanya dan hanya perasan beberapa seketika selepas nampak melalui cermin pandang belakang sebelum cuba memberi laluan tetapi tidak sempat,” katanya.

Bagaimanapun pihak polis telah pun mengeluarkan saman mengikut Rule 53(A) LN166/59 terhadap pemandu itu.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


loading...

loading...


Isu Semasa 7100064854521795809
item